Wednesday, May 21, 2014

Bulan Penuh BerOmbak Rindu.

Semalam punya cerita..aku akan cuba bentangkan hingga hari ini.
Satu malam,aku pulang seperti biasa.Berjalan perlahan-perlahan sambil memegang sebuah beg plastik yang berintikan pelbagai jenis ayam daripada tempat aku berkerja AYAMAS!
Entah mengapa malam itu aku teringin melihat langit.Aku lihat ia berwarna biru dan agak terang malam itu,mata aku liar mencari puncanya dan ia datang daripada cahaya bulan penuh.Terus hati ini merintih dengan berkata RINDU SI DIA, aku teringatkan wajah seseorang yang cukup gemar dengan bulan penuh itu terutamanya cahaya putih itu sama dengan wajah orang itu.Putih seperti Cina ini membuatkan hatiku kuat merintih dan aku sedar malam itu tenang dan sunyi. Tiada lagi salakan Anjing-Anjing yang dimiliki oleh jiran-jiran aku. Kebanyakan jiran aku berbangsa Cina dan aku tetap berhati-hati kerana bimbangkan ada anjing yang berkeliaran.....
Tiba di rumah,aku cuba menaip tetapi ada yang menghalang iaitu Hati yang sedang berbolak-balik...
Aku menangis dan mencari  apa-apa bahan seperti kuliah Ustaz Don Daniyal di Youtube untuk menenangkan hati yang sedang dilanda OMBAK RINDU.
Aku terjumpa Statement Ulama kita Ustaz Harun Din kalau tak silap aku itu namanya.Statement dia berbunyi Bila Rindu seseorang, sedekahkan Al-Fatihah.Apabila aku dapat aku terus menadahkan tangan dan membaca Al-Fatehah. Kemudian ku tiapkan ke qalbu hati aku sendiri agar tersampai doaku ke Ilahi dan diakhiri dengan perkataan Aamiin.

Rindu itu datang kali kedua,apabila ibu aku yang aku gelarkan Mama.Mama datang untuk menjemput aku pulang tetapi sebelum itu beliau bawa aku ke kedai makan yang berhampiran dengan restoran Ayamas itu tetapi rindu itu tercetus kembali apabila Mama cakap " Kasihan anak Mama sorang ini, sayang jagalah diri  awak itu nanti kesian pulak kat anak orang itu risaukan awak." Aku terdiam dan tersentap.Rupa-rupanya Mama masih ingat lagi pada  si dia.

Kenapa? Jangan disoal lagi, aku nak Mama tahu aku redha sahaja dengan semua ini dan aku tak akan beritahu selagi wanita itu tidak benar-benar ada kepastian dengan aku. Walhuallam.


No comments:

Post a Comment