Thursday, May 1, 2014

Awek?Lihatlah aku..... :'(

Seorang sahabat pernah bertanya padaku, "Dalam dunia  ini,anugerah apa yang engkau paling sayang,bro"
Lalu jawabku " Teman".Terukir senyuman di wajahnya apabila mendengar jawabku dengan jelas.

Teman? terlintas aku berteka-teki sendiri di dalam mindaku. Lalu terbitnya senyuman di hujung bibirku.
Ya,teman! Teman apa? Teman hidup, pertamanya teman hidupku Sang Pesuruh yang meliputi Nur Yang Esa ke dalam sesetiap hamba sepertimana hamba yang sehina-hina mahunya aku.

Kemudian Dia menghantar Sang Pesuruh untuk menjaga akidah dan akhlak seoang hamba ketika zaman jahiliah manusia.
Dan diutuskan sesetiap kita mempunyai sahabat yang berasaskan seperti seorang penjaga dan pendidik iaitu keluarga kita.

Petikan jarinya memecahkan lamunanku lalu aku disapa dengan sindiran "Teman yang diberikan panggilan AWEK tu yang engkau paling sayangkan?"pertanyaannya yang seakan-akan boleh juga menaikkan darahku....

"Tidak juga"jawabku ringkas dengan nada yang sayu serta agak kecewa dengan pernyataan aku dengari.
Ternyata dia masih belum cukup mengenali siapa sebenarnya aku.

"Laa merajuklah pulak kawan aku sorang ni",katanya sambil jari mencuit-cuit pinggul aku sebagai satu usahanya untuk menceriakan aku kembali.Selepas sekian lama  memerhatikan aku dalam keadaan diam sahaja.Lalu aku paparkan sebuah senyuman sambil berkata " Teman yang aku sayang sepertimana yang dituntut dalam agama"."Dalam agama?" soalnya..
"Semua yang ada ada dalam dunia ini ada teman sementara dan ada dua teman abadi kita iaitu Allah SWT dan Rasullulah SAW."bebelanku bermula.

Lalu dihentikan oleh seorang lagi sahabat aku dan ditertawakan oleh mereka dengan pelbagai sindiran dan gurauan.Aku diam dan aku sudah cukup (masak)-faham dengan perangai mereka ini.
Tetapi merekalah teman aku yang dianugerahkan oleh Pencipta aku dan didorongi daripada mereka tentang hidayah-Nya ke dada aku.

Teman lain di mana duduknya seperti seorang SAHABAT dan AWEK?
Sahabat sudah cukup banyak aku ceritakan,mereka ini aku sayangi selepas keluargaku tetapi AWEK???
Awek ataupun dengan istilah kamus ialah kekasih dan aku mengenalinya sebagai seorang sahabat dahulu sebelumnya menjadi seorang kekasih.
Kenapa? pertama mampukah dia menjadi sahabat aku ketika susah,hina,aib,duka dan bahgia.
Kedua mampukah ia membawa perubahan ke dalam hidupnya dan hidup aku.
Dan kemudian sejauh mana ia selesa dan percaya pada aku?
Ya, aku masih kabur tentangnya tetapi sayang aku padanya sama tahapnya sepertimana aku sayangi keluargaku dan benar-benar berada di kedudukan sama dengan adik-adikku.
dan tentang awek ini berkait rapat dengan jodoh serta agama.
#CeritaHidupSeorangP3K4K



No comments:

Post a Comment