Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Datang Dengan Cabaran Dan Dugaan Yang Mudah Tapi Remeh.

Kita bertemu kembali dalam blogspot ni duhai readers2 ku..
Sepanjang 2 semester,saya berhenti menulis.Sebenar-benarnya,mungkin disebabkan rasa malas yang timbul berlipat ganda akibat daripada terlampau banyak memikir dan ragu-ragu untuk melakukan sesutau.Tetapi  saat ini terlintas di hati saya untuk menulis kembali.
Subhanallah, saya tak menyangka diri saya banyak berubah daripada seorang yang kalut dan kecut akhirnya berani membuat keputusan sendiri. Perghh! Bangga diri tu! kalau itu yang terlintas di hati kalian baik jauhkanlah perasaan itu sebab itu namanya syak wasangka.
Bukankah SHARING IS CARING? So,saya share-kan semua untuk pembaca.
Dah3,usah bergaduh dan bercerita benda yang kat atas tu.
Bulan Ramadhan ini memang bulan yang dinanti-nantikan oleh orang Islam.Nanti, tetapi kita nantikan adakah untuk ganjaran di bulan Ramadhan atau menyambut Aidilfitri?Fikirkan balik dan ingatlah untuk berniat mencari keredhaan Ilahi semata-mata.
Saya cakap bukan nak menunjukkan saya ALIM atau apa,cuma saya mahu mengingatkan diri sendiri juga.
Kalau bukan disebabkan niat untuk berubah,tidak akan saya tulis.
Itu niat saya dalam Ramadhan "aku mahu berubah lebih baik dalam bulan Ramadhan ini daripada bulan Ramadhan yang lepas."
Niat korang? Hehehhe...
Anyways,cabaran saya biasanya bercampur baur tentang perasaan dan emosi yang kekadang tidak tenteram dan nafsu yang tidak menentu.So,apa yang saya cuba buat adalah saya cuba kurangkan berhubung dengan mana-mana gadis yang pernah saya kenali.
Selain, banyak jua benda yang saya nak buat tetapi bimbang niat itu terbantut di pertengahan bulan Ramadhan,so saya buat perlahan-perlahan sedikit demi sedikit. Akademik dan persatuan yang saya pegang saya cuba seimbangkan dengan masa saya untuk beribadah  kepada Ilahi, ini bukan kerana apa.. Sesungguhnya saya tahu kelebihan Allah SWT mencipta saya daripada golongan yang kurang upaya, antaranya doa saya adakalanya mudah dimakbulkan.
Dugaan yang saya kena,adalah kritikan dan gurauan para sahabat saya yang saya sayangi adakalanya agak DEEP bagi saya sehingga menimbulkan rasa marah dan geram.
Pasal perempuan? Saya mahu kurangkan sepertimana niat saya ingin kurangkan mengikut kehendak nafsu sendiri. Nafsu ada baik dan buruknya begitu jua sama dengan hati kita,kedua-duanya perlu dibendung.
So itu sahaja, untuk permulaan bulan Ramadhan ini.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.


No comments:

Post a Comment