Thursday, May 8, 2014

Abang,Adik Nak itu nak ini!





Sampai di hadapan Restoran Ayamas Expert,aku diam dan terus membuka "sweater" .Alhamdullillah,perkataan pertama terlintas di hati aku lalu ku lafazkan dalam bentuk zahir. Tiba sahaja, Miss terus membebel dan memberi sebuah cadangan yang terbaik buatku iaitu memakai plastik beg hitam untuk mengelakkan diri daripada hujan.Aku tersenyum.....

Tasha, anak kedua Miss Nadia yang merupakan Supervisor aku...

dia terus melakukan kerja sekolahnya sambil memandang aku dengan mata yang sayu.Aku belai rambut Si Tasha sebelum aku melintasinya untuk pergi punch-in.Sampai sahaja di dapur, aku lihat sekelilingi.
"Semak dan sepahnya......" rungutku. "Alaa.. boleh sahaja"kata Fatin seorang pekerja baharu yang diambil oleh Miss.Aku menjeling dan terus melakukan kerja-kerja pembersihan di tempat-tempat yang bersepah itu.
Jerit Pah " AZRIL!!!! Masak black pepper 2 dan Golden 2! ",aku terus berhenti dan masak apa yang dituntut oleh pekerja lama di sini. Habis sahaja,fikiran aku melayang teringatkan Danish anak kecil yang malang di tempat kerja yang dulu.

Aku teringat kali pertama aku berjaya buat anak kecil yang malang itu mendengar kataku dan tunduk akan arahan yang aku berikan... Beriya-iya dia meminta apabila dia berjaya melakukan apa yang aku suruh dan aku sanggup keluarkan beberapa kepingan duit yang berwarna biru dan belikan dia buku dan alat tulis di kedai aku.

"Abang,Adik nak itu,nak ini!"beriya-iya dia inginkan aku belikan untuk dia buku dan alat tulis itu yang bergambarkan sebuah kartun bernama BEN 10.Aku senyum dan berkata padanya
"Baiklah tapi adik janji dengan abang jangan minta duit lagi dengan orang lain tau" dia merenung dengan aku dengan perasaan kecewa. "Oklah, adik janji dengan abang jangan datang kat kedai abang dengan keadaan kotor dan buat kotor kat kedai ini,boleh?" lalu terukir lebar sebuah senyuman di wajahnya. " Ok abang AZRIL!".Kembang hidung aku bila aku dengar dia mampu panggil namaku dengan sempurna dan aku usap rambutnya sekali lagi.

Aku teringatkan dia kerana Pah panggil namaku dan perbuatan aku yang membelai rambut Tasha.

Teringatkan dia memang Indah tetapi rindukan dia ini menyeksakan jiwaku. :'(

No comments:

Post a Comment