Dengan perkataan aku diinspirasikan seorang yang panas baran dan cukup berbisa.Mungkin benar tetapi kalaulah manusia itu boleh pegangkan kenangan.Aku pun punya kenangan indah dan gelap.Yang indah aku kenang-kenangkan dan apabila aku teringatkan semua tu,aku menangis.
Tanpa disangka-sangka aku punya rindu pada Yang Rasullulah SAW.Ya! Aku rindukan dia lebih daripada segala-galanya. Kalau ada dia?Aku nak ikut akan dia,aku nak tinggalkan semuanya.aku sanggup.
Kerna rindukan dia, aku cari cerita tentangnya. Dan aku nak cuba apa yang dia ada.
Keluarga,aku ada..Baginda tiada tetapi baginda punya sahabat dan kekasih yang begitu sayang akannya.
Penulisan aku mungkin tidak menusuk kalbu kalian tetapi kalaulah tertusuk makna kalian rasa kerinduan pada baginda. Dia Cinta Kita sebelum kita lahir lagi.Hebat cinta dia kan?
Ok.aku berhenti cerita tentang baginda.Itu semua hanyalah peringatan untuk aku.Kalau kalian nak,ambillah kalau tidak,aku tidak memaksa untuk mendengarnya.
Balik kepada cerita baran? Ya,aku akui aku adakala menjadi seorang yang panas baran, tetapi daya penahanan aku pada semua impak negatif dalam seharian dan persekitaran aku membuatkan aku tertekan dan terluka.
Siapa nak rasa luka aku?Luka diejek,dipinggir dan disangka-sangkakan dengan pelbagai bahan.Aku terkongkong sehingga membuat aku berhenti memikirkan yang lain.
Ya,silaplah kerana terlalu ikutkan perasaan dan ego.Kalau ego,tak mungkin aku bisa ditegur bila silap bisa dimarah bila salah.Kadangkala aku jaga perasaan sayang aku sehinggakan aku butakan mata tanpa melihat keburukan orang yang aku sayangi. Jikalau mereka sayangi aku,katakanlah.....
Aku rindu nak dengarkan, terlalu banyak cacian yang semakin mendesak diriku menjadi seperti sang pemberontak. Jadi sebagai konklusinya,aku seorang manja dan cerewat dalam memilih teman.
Maafkan aku sang daun keladi,kenangan gelap kadangkala menghantui aku dan menguasai aku.
Yang aku perlukan tempat bergantung selain Allah SWT,Rasullulah SAW,keluarga dan sahabat.
Kekasih, orang yang kuat membawa perubahan sedikit demi sedikit dengan ketulusan dan pengorbanannya.
Terima kasih semua! Aku lebih sayangkan kalian berbanding dengan diriku.
No comments:
Post a Comment