Saturday, November 9, 2013

Sehari demi Sehari

Assalamualaikum.
Ehem..Ehem.. Ahaks..Ahaks (Terbatuk-batuk pulak)
Sehari demi sehari...sebenarnya aku mengira langkah bila aku akan kembali ke mimpi ngeri itu.
Mimpi ngeri itu ialah hari yang aku perlu kembali ke satu hari nanti di mana,aku perlu fikirkan semuanya.
Di saat itu,mereka yang aku namakan keluarga besar mesti mengharapkan sesuatu perkembangan tentang hidupku.
Pertama sekali,kerjaya tetap aku selepas degree or diploma..Sasaran aku ialah Syarikat Malaysian Sign Languages macam MFD dan disampingi itu aku perlu meneruskan karya yang dalam blog ini disambil dengan berjinak-jinak daripada sekarang untuk menulis sebuah cerita pendek dan novel.Tambahan pula,aku akan bergiat aktif semula di dalam Yayasan Ilmu Faqeh Intelek bagi anak-anak Pekak.
Kedua pula,aku harus meneruskan ilmu seni silat ini untuk aku melindungi diri sendiri.
Yang terakhir adalah perkara yang aku katakan "Mimpi Ngeri Itu" iaitu mendapatkan ayah kandung aku sendiri dengan mencari dia di mana-mana jua yang dengan cara aku sendiri kerana telah hampir 2 tahun dia meninggalkan aku dan keluargaku(2012-2013). Disamping itu aku perlu cuba mengubah persepektif ibuku dan keluarga sebelahnya mengenai objektifku.Hal ini disebabkan salah seorang daripada keluarga besar tersebut ada yang tidak pernah senang melihat kami bahgia dan menjadi dalang dalam menuangkan fitnah ke atas ayah dan ibuku sendiri.
So,my readers...Mesti korang fahamkan sebab-sebab aku meneruskan seni silat itu,bukan musuh aku sahaja tetapi musuh keluarga juga,then aku akan menggunakannya untuk melindungi keluarga aku sendiri.
Kadang-kadang sebabkan mulut ini badan binasa,bukanlah aku nak katakan aku ni ataupun keluarga aku sendiri ini menyakitkan tetapi bila mereka mula memfitnah dan sebagainya,mereka mampu melakukan apa sahaja.Dan perkataan maaf daripada kami itu tidak pernah menjadi perkara positif pada mereka itu ataupun peluang kedua untuk menembus semula kesilapan itu. Dendam dan dengki manusia ini pasti meleTop jua,sebab aku pun pernah memililkinya. Inilah manusia dan dugaan-Nya. 
Aku hanya pohonkan doa, usaha dan ikhtiar. Yang lain aku berserah pada Dia.
Jadi, sebagai lebih bersedia... Kita ingatlah peribahasa  ini
"Sediakan Payung Sebelum Hujan" 





No comments:

Post a Comment