Sunday, November 17, 2013

Mama Wanita Pertama Aku Cinta

Mama,
Inilah ibu,ummi,emak dan pelbagai lagi nama panggilan untuk seorang wanita kepada anaknya.
Dalam ajaran Islam,kita diajar menyayangi dia tiga kali lebih daripada bapa kita.Pada perempuan,konsep itu berubah apabila mereka telah berkahwin sahaja.
Hari ini, Mama dah berusia 43 tahun(2013) tak lama lagi sampai sudah hari ulangtahun dia yang ke-43 iaitu 21 November 1970.
Pada 17 November,Mama dah pergi ke hospital kerana bengkak kakinya akibat jatuh terseliuh dan ditemani oleh saya sendiri.Mujurlah dia tidak apa-apa dan tidak ditahan ke wad kecemasan.Saya lihat ramai orang ditemani oleh keluarga mereka sendiri. Aku tahu,Mama nampak mereka yang lain ada orang di sisi mereka termasuk Mama.Mama ada aku dan adik-adik aku cuma tiada ayah.Ayah dah tinggalkan mama hampir genap 2 tahun.Aku tersentuh dengan ketabahan hati Mama,berkali-kali dia ucapkan "Thanks you baby made me happy today".Aku tidak nampak apa yang aku sumbangkan dalam keluarga ini cuma aku tetap nak berikan yang terbaik. Dan wanita yang aku temankan ini adalah seorang pendidik dan pembimbing yang berjaya menyentuh segala aspek kehidupan walaupun sedikit sahaja.
Termasukah cinta.Cinta dan Iman sebenarnya tidak boleh dipisahkan.Dua-dua harus sama-sama kuat dan dua-dua yang dapat jatuhkan hawa nafsu dan godaan Sang Syaitan.Dan itulah yang sebenarnya aku jumpa kini dan sebenarnya Mama dah cuba selitkan.Mama mungkin tidak sekuat ayah tetapi dalam cinta mama ada kesetiaan.Mama setia dengan ayah,mama tidak macam wanita lain.
Bagi saya,cinta mama itu hebat dan ibarat seguni emas.Tidak dapat ditarakan dengan cinta yang lain.
Melainkan cinta pada Sang Pesuruh dan Sang Penciptaku.
Mama cuma manusia biasa tetapi mampu memberi motivasi yang tinggi pada anak-anaknya.
Celakalah pada saya jikalau saya gagal kawal emosi dan tidak menjaga mama sebaik-baik mungkin.Mama dulu pergi belajar meninggalkan kami tetapi dia berjaya menjelaskan pada kami.
Begitu jua dengan aku,pergi berjihad dalam menuntut ilmu demi Allah SWT dan menunjukkan pada Mama bahawa aku pun ada ketabahan mama. Aku harus kuat sepertimana Mama kuat. Sebab itulah aku tidak lagi menitiskan air mata di depan orang yang aku sayangi termasuk Mama.Bukan kerana ego tetapi bimbang airmata aku bakal menyinggungkan lagi perasaan seseorang itu.
Aku masih ingat pesanan Mama, "Yob harus kuat walaubagaimana keadaanpun dan janganlah menangis nanti Yob akan lupa"
Kalau perempuan wali dia seorang "Ayah" akan aku carikan ayah buat adik-adik perempuan aku.Dan bagi aku seorang lelaki,wali dia ialah seorang "Mama" kerana tanpa restu dia,Celaka lah ke atas hidup kita dan keluarga.Tambahan pula,kalau menghadapi kematian kitalah yang paling ngeri.Tanah dan langit tidak akan terima kita dan Allah murka.Bagaimanapun,kebelakangan aku lihat dia sering sakit bahkan adik keempat (second last) juga makin sakit dan dia perlu ke terapi,alhamdullillah dia baik-baik sahaja.Cuma , doktor beritahu Mama dan Mama beritahuku bahawa adik itu perlu jumpa ayah selalu dan buat dia gembira selalu.
Bukankah Mama yang saya rasa perlukan itu? Sudah hampir tiba hari jadi dia,dan selepas hari itu,aku kembali ke tanah menara gadingku.Sanggupkah aku?
"Ya Allah,engkau tabahkan hati dia untuk teruskan dalam mencari nafkah dan menempuhi dugaan-Mu"
Aku tidak tahu bagaimana aku mahu menerangkan betapa risaunya aku dengan mereka.
Mama sudah kehilangan ayah (datukku) dan suami tetapi aku tidak mahu kehilangannya.
"Panjangkanlah usia dia,ya Allah aku mohon"
Dia lah wanita yang pertama aku cinta.Jiwa,raga dan nyawa sanggup aku pertaruhkan untuk dia.
Kerana dia Anugerah Allah dan Amanah Allah pada aku.
Assalamualaikum semua. >..< Iniah perkongsian tentang Mamaku.
Aku tidak kisah dibilang "anak Mama" kerana masa itu emas,jikalau Tuhan mengambilnya,sekurang-kurang aku puas dengan belaian kasih sayangnya,cuma aku bakal merinduinya.Ya,Rindu itulah perasaan normal bagi manusia biasa seperti aku juga. :)

No comments:

Post a Comment