Assalamualaikum semua. SALAM UKHWAH >_<
Dah berhabuklah blog saya ni. Yelaa dah lama tak pos. hehehe..
Pejam kelip, pejam kelip. Sekarang dah nak masuk tahun 2014.Bukanlah saya nak sambut tahun tu, tetapi saya nak tanya pada diri ini.
Apa yang saya buat ye bila usia dah nak mencapai 20 tahun?
Fuhhh.. -,-" Tua dah saya yee, dah tak leh nak bermain-main lagi.
Main sebagai senaman atau dalam sukan itu amatlah digalakkan sebab kita dah makin membesar dan badan ini dah makin rendah kadar metabolismenya.
Kalau dah rendah kadar metabolisme tu,makin tinggi potensi kita untuk mendapat pelbagai penyakit seperti obesiti dan diabetes.
AYUH KITA JAGA KESIHATAN DEMI MENJAGA IMEJ SEBAGAI SEORANG MUSLIM.
Dah sampai pertengahan cuti semester 3,saya masih saya yang sama.Terlalu emosional dan agak panas baran.Jahatnya saya ni. =.="
Taknak3! ^.^ Jom berubah ke arah yang lebih baik! ( Bersemangatnya >.<)
Ok.Breath in (30 second) Breath out. -,-
Nak kongsi sikit ni.Sssshhhh!~~
Dengar elok-elok. Bila cuti semester ni ada aktiviti,apa yang saya rancang tu tak berapa nak jadilah.
Aktiviti pertama ialah "Sireh Pulang Ke Gagang" dianjurkan oleh YaPEIM.
Apa itu YaPEIM? Korang carilah sendiri kat Google.com ok?
Aktiviti itu adalah satu aktiviti khidmat masyarakat.Dalam aktiviti itu,saya merasakan satu pengorbanan yang cukup besar buat keluarga tercinta.Pengorbanan yang saya maksudkan ialah saya terpaksa melepaskan hasrat untuk beraya dengan keluarga yang tercinta pada hari raya haji @ Aidiladha.Aktiviti itu diadakan di tanah menara gading saya yang besar ertinya pada saya iaitu Kuala Terengganu.Aktiviti khidmat masyarakat yang saya maksudkan itu,kami kena pergi ke sana untuk melapahkan daging-daging lembu yang dikorbankan pada hari Raya Kedua Aidiladha.Jadi saya bertolak sebelum raya pertama Aidiladha,kerna ada sedikit taklimat dan pendaftaran di sana.
Dalam aktiviti tersebut, sebenarnya banyak pengalaman baru saya dapat menimba.Antaranya saya dapat ukhwah baru yang selama ini saya tercari-carikan.Kedua,saya dapat merasakan erti pengorbanan yang selama ini saya perlu tahu dan ilmu agama yang saya kurang jelas tentangnya,akhirnya jelas terungkap.Alhamdullillah....
Tambahan pula,saya dapat memberanikan diri untuk mendekati semua golongan mahasiswa dan orang-orang kampung.So my confident level was increase.
Aktiviti kedua pula? Masih sama penganjurnya,YaPEIM laa. -,-"
Tetapi program kedua bertemakan "Perkhemahan Nasional" yang dianjurkan di Pulau Langkawi. Aktiviti ini sebenarnya dikhususkan untuk warga SANTUN bukan sukarelawan.Saya cuma sukarelawan,aktiviti yang pertama itu ialah aktiviti yang pertama kali saya sertai. Huhuhu... -..-"
Tetapi saya dapat "Urgently Calling Daripada Su" salah seorang warga SANTUN dan rakan seperjuangan di UiTMT Kampus Kuala Terengganu.Dalam aktiviti itu,saya ditugaskan sebagai fasilitator di Pulau Tuba salah satu pulau kecil bawah naungan Pulau Langkawi.Di situlah di mana saya ingin limpahkan kesyukuran yang teramatlah ke atas nikmat yang diberikan oleh Pencipta.
Peristiwa dan kenangan bersama adik-adik pulau memang terlalu bererti dan mengubah diri saya untuk lebih berkobar-kobar dalam mengejar cita-cita.
Keadaan mereka di sana teramatlah lebih hina daripada keadaan anak-anak bandar.Mereka yang bandar sepatutnya lebih bersyukur dan menggunakan segala kemudahan yang diberi sebaik-baik mungkin.Mereka yang di pulau ini seperti dianak tirikan oleh kerajaan,masyarakat dan ibu bapa sendiri.Tiada pendedahan kepada mereka tentang ilmu,agama dan masa depan mereka sendiri.
Benarlah kata Mama , "Jika kita terasa kita susah,ingatlah mereka yang lebih susah" kata-kata Mama itu untuk saya dan semua orang lebih bersyukur.
Dan tambah dia lagi " Berhentilah daripada terus menyoal sebaliknya bertanya pada diri sendiri,apa yang kita buat untuk semua orang terutama pada Yang Esa"Mama maksudkan pada sifat bangsa saya, kita ini asyik merungut dan bertanya serta meminta tetapi pernah tak kita tanya apa yang kita buat dan adakah kita "ikhlaskan" ataupun kita mengharapkan?Ini satu jawapan mama saya sebenarnya, kita ini asyik mempersoalkan dan membuat persoalan tetapi kita tak fikir jalan penyelesaian bersama.Kesimpulan daripada itu,tidak ada ke manalah, kita cakap tiada peluang tapi kita boleh buat peluang sebab itu Tuhan berikan kita pilihan.
Marilah kita renung-renungkan bersama.

Dan alang-alang ke Langkawi,shopping ni lah sikit untuk mama dan adik-adik saya. Hehehehe.. :)
Ok,saya sebenarnya cuba membaiki kualiti penulisan,Hopefully korang komen sikit-sikit untuk membina semangat dan penulisan saya yang lebih baik. Assalamualaikum. :D

No comments:
Post a Comment