Friday, November 15, 2013

Kehilangan Dan Perpisahan Sentiasa Bersama Kehidupan Kita.

Assalamualaikum semua (Salam Semua by Aaron & Sleeq)

Peace! ^_^ Senyum semua dan semoga semua diberkati oleh-Nya kerna menunaikan ibadah fardhu solat subuh pagi tadi.
Solat dop? Pehhh...ganu pulak saya ni ye? Sekali-sekala takperlah..
Sebenarnya ada satu perkongsian yang saya nak ceritakan ni.Hal ini amatlah berkait rapat dengan hidup saya.Saya pernah mengalami kemurungan yang terlampau sehinggakan saya menghampiri ambang seorang yang berputus asa.Pertama sekali,sebelum saya meneruskan perkongsian ini,saya ingin melanjutkan kesyukuran teramatlah pada Ilahi kerana Allah SWT temukan saya dengan insan ini.Insan ini sering berkata pada saya. "Senyumlah adik,baru ringan masalah kita dan akak lebih suka tengok adik senyum". Kerna kata insan itu,aku masih dapat mengukir senyuman tetapi entahlah niat saya kerna Yang Maha Esa sahaja.
Saya merasakan insan ini seperti cahaya di jalan yang gelap dan insan ini telah menolak kembali semangat saya yang hampir pudar dan yang ditenggelami oleh kemurungan saya sendiri.
Insan ini mestilah korang dah tahu jantinanya kan? Mestilah perempuan dan dia lebih berusia daripada saya ini kerna panggilan insan ini "kakak". Tetapi adakah dia seorang mahram ataupun bukan?
Fikir sendirilah dan saya biarkan anda teka sendiri.
Tetapi biasalah setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan.Saya cuma berharap saya dapat kembali ke pangkuannya sebagai seorang sahabat kerna saya lebih sayangkan ukhwah.
Bagaimana kehidupan saya selepas berpisah dengan dia? Mungkin lebih baik mungkin tak.
Saya pernah kata-kata Dato Dr Fadzilah Kamsah bahasawanya jika kita berubah kerna seseorang itu.Sebenarnya Allah SWT sediakan barakah di wajahnya dan Allah SWT terangkan nur dia.
Bertuahnya kakak saya itu dan saya sebenarnya merindukan dia.
Saya tau saya yang melukakan hati dia dan saya yang hilangkannya....
Sesungguhnya saya ingin kembali ke pangkuannya dan menebus semua silap saya.
(Breath In-30 seconds,Breath Out) Uhhhhhhh.......Lega saya dapat berkongsikan pada kalian.
Chops! Ada lagi seorang,dia pun seorang gadis yang baik. Saya ingat dialog dia ketika dia nak bergambar dengan saya. "Senyum Tau,Lau tak..Saya taknak tangkap gambar dengan awak!"kata-kata dia buatkan saya tergelak dan teringatkan si kakak tu."Terima kasih awak" itulah ungkapan yang saya nak ucapkan pada si dia.Tak tahulah dia mengerti atau tak..Hopefully,she understood.
Sebab dia sedarkan saya bahawa janji Allah SWT itu benar.

Apabila kita kehilangan seseorang Allah akan gantikan kepada yang lebih baik

Dan saya masih berhubung dengan dia cuma tidak seperti dulu.
Seolah-olah saya sudah menghampiri detik itu.
Kehilangan dan Perpisahan.
Tetapi saya tidak berputus untuk terus berdoa.

No comments:

Post a Comment