Wednesday, October 31, 2012

Rindu Itu Perasaan Normal.




Ya Allah, Ya Rabbi.
Jika rindu ini bertatah di hatiku jadilah sebabnya keranaMu.
Sakitku menahan perasaan ini, ku selitkan kesabaran di situ.
Pencarian tulang rusuk kiriku yang hilang itu masih menjadi Rahsia Allah.
Kusandarkan kerinduan ini dalam doa bagiMu,Ya Allah.
Titisan airmataku dan sujudku belum tentu dapat memuaskan hatiku yang resah atas dosa sendiri.
Terlalu tinggi  dosaku seumpama pasir yang membukit, terlalu sedikit pahalaku seumpama hanya setitik atom.
Perasaan gundah dan perasaan gentar akan kematian kini semakin tinggi.
Tetapi biarlah perasaan itu dilahirkan dengan keranaMu.
Pertemukanlah aku dengan bidadariku untuk bersama kekal dalam mencari keredhaan-Mu
Amin.





Assalamualaikum,penghuni dunia.
Rindu atau dalam Bahasa Inggeris ialah "miss to someone else".
Hmmm.. jap2,Breath In (3mins) , then Breath out.Aaahh..lega gak di pagi hari ini.
Ok,back to our topic, rindu itu perasaan normal, apa yang normal?
Tak kenal maka Tak Cinta , Begitu juga kehadiran perasaan rindu.Rindu yang bagaimana yang aku cakapkan ini.Ok3 , kalau aku banyakkan persoalan di sini , aku juga yang jawab yang nanti  (=_=")
Urmmm..
Teringat masa sekolah dulu, Cikgu kita rajin tanya soalan pada kita,pastu dia yang jawabkan sendiri.
Dan paling aku ingat sekali bebelan cikgu aku yang selalunya sama sahaja.
"Korang ni nak kena suap macam anak burung jer,harapkan korang..kirim salam jela"
"Buang-buanglah perasaan malas tu."
Hehehe... betul gak bebelan cikgu aku tu, bila masuk Universiti ataupun alam pekerjaan, memang kena buang perasaan malas tu, kalau tak, aku yang rugi nanti.
Harh! Rindu yang inilah aku nak cakapkan , mula-mula rindu aku pada Allah SWT, sampai ada suatu ketika dahulu,aku dengan sahabat baikku pernah berdoa harap2 kitaorang mati esok gak.
Hehehe... dahsyat kan?
Seram dan sedih keluarga kitaorang bila dengar kitaorang doa macam itu sekali.
Yang kedua, rindu pada zaman persekolahan yang baru sahaja tamat.Banyak kenangan yang indah belaka daripada yang pahit sehingga yang perit , semuanya kini menjadi kenangan yang paling manis sekali.
Daripada bebelan guruku sehingga perbuatan nakal aku tu semuanya aku rindukan sekali.
Bukan aku nak buat,tapi guruku dah macam ibuku dekat rumah pula, wajah dia,kita menatap dalam pelbagai situasi seperti perasaan dia , sedih ker marah ker happy ker apa2 lah.. semua kita tengokkan?
Mana tak rindunya aku,sampai last time after final paper SPM, dia pula boleh menjatuhkan airmatanya.
Perghhh...mahunya jadi drama Hindustan kat situ.
Dah wajah kita yang dia menatap pada setiap hari, tanpa kita sedar yang kita pun dah berubah katanya.
Daripada kita mula masuk sekolah sehingga kita tamat sekolah, kita tak perasan yang kita ini berubahkan?
Nampak tak prihatinnya cikgu kita tu? hehehe.... 
Senyuman sahaja yang mampu aku ukirkan di depan laptop kepunyaan mama ini.
SAM,kucingku hanya tertidur di sisiku setelah puas melihat aku tersengih2 depan laptop ni.
Gila ker apa tuan aku ini?(Persoalan Yang Bermain di Pemikiran Sam)
Huhuhu... sebenarnya aku rindukan pada teman-teman sekelas aku dulu, seteruk manapun diorang tetap kawan aku. Dalam senang dan susah pernah bersama suatu ketika dahulu.
Hew3..dan aku amat merindukan BAHASA ISYARAT yang pernah aku pelajari suatu ketika dahulu.Sekarang ini dah tiada siapapun boleh buat isyarat bahasa dengan aku.
Rindu gila kowt! Urmmm.....
Yang ketiga,dan mungkin yang terakhir.
Ops,jari-jari tanganku dan telapak kakiku tiba-tiba sejuk dan berpeluh.
Aku takutlah .. Nak tulis ker???
Nanti ada pula yang salah anggap.Takmok3,buang bad thinking uhh. (>_<)
Sayangnya kalau aku tak tuliskan ??? Hehehe...
Ceritanya macam ni.pada mulanya, aku dibuang daripada kumpulan berkawad disebabkan aku tak dapat mendengar dengan baik arahan yang diberikan oleh ketua platun aku tu.So, aku disuruh berlatih di tepi sahaja dengan seorang senior ni, yang mulanya aku fikir dia daripada pelajar UiTM dungun kowt.Padahal tak pun,hehehehe...ermm, ingat dia nak ajar sahaja, tiba-tiba dia minta tolong kawan dia lagi sorang, yang sorang aku tak pernah nampak.Selama sebulan aku tak pernah tengok diorang pun.(=_+")
Then , terserempak beberapa kali, aku pun fed-up,di mana aku pergi mesti ada nampak diorang.
Bukan apa,aku ni tak pandailah layan perempuan jadi aku taknaklah layan. 
Bila setiap kali aku terserempak dalam bulan Ramadhan,kenapa mesti aku sorang2.
Sampai diorang ingat aku tiada kawan kat UiTM ni. Isshh... Aisehmen...
Dalam diam-diam sebenarnya aku suka juga, yelaa.. banyak-banyak perempuan diorang yang datang dekat  aku.Hehehe..
Drpd 2 org sehingge kini 7 orang, mula-mula aku sekadar usha drpd jauh jer. Bak kata dialog abg long fadil Usha, sayang , usha...sayang , bila awek gua tny napa usha jer , gua pun jawab sebab sayanglah usha ini.
Hehehe...Then , penjam celik, penjam celik .. dah 2 bulan lebih aku knl diorang , terutama yang sorang uhh selalu sahaja berikan senyuman pada aku.Semangatlah pula bila aku tengok dia senyum, yelaa.. rindu aku pada parents aku dah terubat.Mana tak rindu, sebelum ni aku belajar, ulang-alik jer ke rumah sekarang , sebulan 2/3 kali aku balik.Hehehe...
Dia juga yang hantarkan aku balik ke rumah , hantarkan ke stesen bas jer.
Mana boleh , dia nak hantarkan aku ke KL drpd Terengganu,lenguh tangannya nanti...
So,ke bus station pun jadilah.. Hehehe... 
Dah 5 bulan aku belajar kat sana,banyak perkara yang aku belajar dari diorang dan ramai pula yang aku rindu dan sayang,terutama sahabat-sahabat aku.
Bro! Tunggu aku di bulan 12 , Insya-Allah kita dipertemukan semula.. hehe..
Yang perempuan, ada rezeki .. adalah aku dapat jumpa diorang, kalau tak ada, tak mengapalah. 
Semua perkara ni terserah pada korang, aku harapkan korang suka.Walhua'allam.
Wassalam. (^_^)





No comments:

Post a Comment