Hari ini,kucing merupakan salah satu binatang peliharaan yang terkenal di dunia.Sehingga ia menjadi sebuah cerita dongeng dan legenda bagi sesetengah golongan iaitu Viking , Cina, dan Mesir Purba, cerita dongeng dia adalah mereka percaya bahawa kucing mempunyai sembilan nyawa.
Kucing yang berdaftar dan mempunyai sijil kelahiran dipanggil sebagai kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kucing dari satu peratus daripada keseluruhan kucing yang populasi kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu pendek-bela jinak dan bulu panjang-bela jinak.Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu dan tidak berekor dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan mempunyai banyak warna.Dan mereka juga mempunyai banyak saiz daripada sekecil anak tikus belanda sehingga sebesar bayi manusia yang dalam lingkungan 6 bulan.
Kucing juga dikenali sebagai pemburu yang mahir dan senyap serta diketahui mereka berburu lebih daripada seribu spesies haiwan dijadikan sebagai makanan.Mereka juga haiwan yang pintar dan berkebolehan menggunakan mekanisma ringan seperti membuang najis di dalam tandas , membuka peti sejuk , dan membuka tudung saji yang mempunyai makanan di bawahnya. Cara mereka berhubung dengan mengiau ( meow),mengeluarkan bunyi ''purr'', berdesis dan juga isyarat anggota badan.Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan , oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka membentuk satu koloni kecil.Kucing juga mempunyai pendengaran yang enam kali daripada anjing dan lapan kali daripada manusia cekapnya.Kucing betina mampu melahirkan 1-6 ekor anak kucing.Tempoh usia kucing 6 bulan kita bersamaan 1 tahun baginya dan kucing mampu hidup lebih daripada 12 tahun.
Cara Penjagaan Kucing.
Kucing ini sebenarnya datang dari kehidupan liar tetapi berjaya dijinakkan. Oleh itu,tidak hairanlah kucing juga mampu dilatih sejak kecil lagi.Dalam proses melatih kucing itu membuang najis ke dalam tandas ataupun bilik air agak sukar dan memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi. Kucing ini seumpama seperti seorang budak kecil , keperluan dan kehendaknya juga perlu dipenuhi.Dan kucing juga perlukan kebebasan yang sepenuhnya, jadi sebenarnya kucing tidak memerlukan sebuah sangkar tetapi dia memerlukan sebuah rumah.Sangkar hanya diperlukan apabila kita ingin membawanya atau memindahkan ia daripada rumahnya ke tempat lain.Tetapi , tahukah anda bahawa kucing merupakan binatang yang tahu cara untuk pulang ke rumahnya? Hal ini kerana kucing itu dilahirkan di rumah tersebut dan mendapat perhatian yang secukupnya.
Kucing memerlukan keperluan asas seperti makan , minum dan tempat tinggal.Selain itu , kucing juga memerlukan perhatian seperti bermain dengannya dan membelai bulu-bulunya Walau bagaimanapun , kucing tidak boleh kerap dibelai kerana ia akan menggugurkan bulu-bulunya.Cara untuk melarang dia melakukan sesuatu itu seperti membuang najis merata-rata,memanjat ke atas meja makan, dan mengorek sampah-sarap adalah dengan menunjukkan dia perbuatan itu dan menjentik telinganya sambil memberitahu ia bahawa perbuatan itu adalah salah.Insya-Allah , dia akan memahami anda.Jangan sesekali memotong kukunya kerana ia akan menyakitinya dan membuat kucing itu tidak mampu untuk mempertahankan dirinya .Dan juga jangan sesekali cuba memotong misainya , hal yang demikian akan menyebabkan kucing itu hilang daya keseimbangan badan.Kucing juga boleh dimandikan tetapi tidak boleh terlalu kerap dan cara memandikan sama seperti kita memandikan jenazah. Perlahan dan lembut caranya. Kucing tidak takut air tapi sebenarnya dia bimbang dia akan lemas nanti.
Kucing Sebagai Teman Setia.
Ya , saya setuju dengan statement di atas .Kucing memang dilahirkan dengan sifat manja dan sifat nakalnya.Sifat itu amat menyerlah pada kucing jantan berbanding kucing betina yang lebih bersifat manja dan penyayang.Hal ini kerana kucing tidak ada penyakit "gila" seperti anjing yang adakalanya ia mampu membunuh tuannya sendiri dan kucing tidak juga mempunyai sifat dendam seperti anjing.Kucing juga dilahirkan dengan sifat yang lebih sensitif berbanding dengan awek korang kerana itu , kucing tidak boleh dipukul tanpa sebab yang munasabah dan jika terlanggar ataupun terpijak ekornya, kita sepatutnya pergi memujuknya semula.Jika dibiarkan, kucing tersebut akan menjadikan rumah itu hanya tempat persinggahan sahaja dan akhir sekali,dia akan meninggalkan kita.Kita juga mesti selalu bercakap dengannya walaupun aku tahu yang korang akan cakap,Eh gila ker? Tetapi percaya atau tak?Itulah hakikatnya kalau korang nak dia (kucing) lebih memahami korang dan jangan segan nak beritahu dia yang korang sayangkan dia.Prihatin sikit pasal dia dan jangan terlampau memanjakan dia.Berikan dia kebebasan untuk keluar dan masuk rumah korang.InsyaAllah , ada perubahan yang korang akan nampak nanti dan tahu tak korang?kucing yang tahu anda sedang solat, dia takkan kacau sebaliknya hanya tunggu sebelah korang jer.Dan jika makan dan minum dia terjaga, makanan dan minuman korang yang terbiar ataupun korang tengah makan dan minum,dia tak kacau sebaliknya hanya duduk di sisi korang. Nampak sweetnya sifat kucing tetapi aku pelik kenapa masih ada yang berlaku keji dengannya?Apa dosa dia?Ambil makanan korang?Cuba korang fikir baik-baik dia tu diciptakan hati yang suci tetapi tidak mempunyai akal fikiran yang mampu membezakan tingkahlaku buruk dan baik.Di saat korang tension , sedih dan keliru cuba korang pergi usap dia dan beritahu masalah korang kat dia , Insya-Allah korang akan lega akhirnya nanti.Lagi satu , kita semua tahu di Malaysia kini, kes buang bayi makin tinggi , anak yatim piatu pun bertambah bilangannya, tiada rasa malu ker tengok kucing tu , walaupun tidak tahu siapa bapanya , tetapi ibunya sangat menyayanginya, malah lagi teruknya sifat manusia kini adalah sanggup makan benda-benda yang jijik seperti sup uri bayi.Benda yang buruk binatang tunjukkan itu yang kita ikut, tetapi benda yang baik , tidak pula kita contohi.Lagi ibu kucing itu tidak kisah status anaknya bakkan jika kita letakkan anak kucing lain pun,dia sanggup menyusukan,yang kita ini manusia hanya menerima seseorang itu mengikut status dan taraf hidupnya,kenapa?Aduiihh... aku pun tidak tahu jawapan di sebalik persoalan yang aku bentangkan ini.Dan kucing yang setia , dia akan mati di dalam rumah kita tetapi bukanlah di depan mata kita.Yang di depan mata adalah bangkainya yang telah berpisah dengan rohnya.Nampak kucing pun nak tunjukkan kasih sayang pada tuannya,terserah pada kita nak atau taknak pandang.Ok. Tamatlah cerita ini aku nak sambung sedikit mengenai kucing dan Islam.
Kucing dan Islam.
Abu Qataddah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,"Kucing itu tidak najis.Ia binatang yang hanya suka berkeliling di rumah(binatang perumahan),[Hadis Riwayat At-Tirmidzi,Abu Dawud,dan Ibn Majah]
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hassan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathan suatu daerah di Madinah.Lalu,baginda bersabda,Ya Anas,tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana."Lalu Anas menuangkannya.Ketika sudah selesai menuangkannya, Nabi Muhammad SAW pun menuju ke bejana.Namun datang seekor kucing dan menjilati bejana itu.Melihat itu, Nabi Muhammad SAW berhenti sehinggalah kucing itu berhenti minum lalu baginda berwudhuk.Baginda ditanya mengenai kejadian tersebut dan baginda menjawab " Ya Anas, sesungguhnya ia termasuk dalam perhiasan rumah tangga,ia tidak dikotori sesuatu bahkan ia tidak ada najis."
Diriwayatkan daripada Dawwud Bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur.Namun , ketika ia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang bersolat.Lalu ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.Sayangnya,setelah Aisyah menyelesaikan solat,ia lupa akan buburnya.Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika melihat kucing itu memakan bubur tersebut,Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh oleh kucing tersebut dan memakannya(bubur).Rasulullah SAW bersabda "Ia tidak najis.Ia hanya binatang yang berkeliling" Aisyah RA pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk daripada sisa jilatan kucing [Hadis riwayat AlBahaqi,Abd Al-Razzaq,dan Al-Daruquthni]
Hadis diriwayatkan Malik, Ahmad dan Imam Hadis yang lain.Oleh kerana , kucing adalah binatang dimana bekas , peluh daripada sisa jilatan adalah suci.
Nabi Muhammad juga pernah memberikan gelaran kepada Abd Al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah"yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan,hadis Nabi di dalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40,Nombor 552,menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing tersebut dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan ataupun minuman.Maka wanita itu dibalas oleh Allah SWT dengan buruk atas perbuatan wanita itu.
Walhualam.>_<
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment