Doa- perbualan ataupun aduan seorang hamba kepada Allah SWT.
Dulu, seringkali aku diingatkan tentang doa. Tetapi apa itu doa dan mengapa ia penting?
Ok,biarkan aku buat para pembaca memahami lebih jelas dalam singkatan D.O.A.
D -> Death : Kematian, sesuatu yang pasti berlaku pada setiap kehidupan.
O ->Or : Atau selalunya dikaitkan dengan pilihan Nak atau Tak nak , Ya ataupun Tidak.
A ->Alive : Hidup yang terbahagi di dua alam iaitu alam maya(Dunia) dan alam abadi ( Akhirat).
Bila masanya kita sebagai hamba Allah SWT berdoa?
Sebenarnya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Tandas dan Bilik air pun boleh?
Boleh sebenarnya ia jatuh hukum harus , iaitu sebelum masuk ke tandas.
Nak tahu sebab-sebabnya?
Orait, sepertimana yang korang tahu kan?
Tandas itu tempat syaitan.
Ketika kita sedang melakukan proses tabii , dia (syaitan) juga melakukan perkara yang sama tapi di atas kepala kita , sebab itu kita diharuskan membawa penutup kepala tapi tolonglah jangan bawa kopiah ataupun songkok. Kenapa tidak boleh pula? Sebab songkok dan kopiah adalah benda yang kita bawa sebagai alat untuk menarik rambut kita daripada menutup dahi yang akan sujud ke sejadah dan seharusnya ia dalam keadaan bersih.Oleh itu ,kalau tidak bawa sesuatu untuk menutup kepala kita,dengan doa sebelum masuk ke tandas ataupun bilik air itu dapat melindungi dan memelihara akal fikiran kita kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Dialah pelindung yang terbaik yang kita ada di dunia ini.
Sebab-sebab ianya penting dalam hidup kita.
Tanpa Dia Yang Maha Esa, kita ni tidak akan hadir di dunia ini dan tak akan ada Syurga dan Neraka.
Jadi wajarlah , bahawasanya kita ini amatlah memerlukanNya walau sesaat pun.
Sebab dengan izinNya (KUN-FA-YA-KUN) , segala nikmat yang kita dapat untuk teruskan hidup terutamanya nikmat hidup.
Yalah , setiap hari berlakunya siang dan malam , dan kita ini manusia yang terbatas daripada segi kemampuan dan akal fikiran , sudah tentu kita perlukan rehat melalui TIDUR yang merupakan mati sementara.
Dan sebenarnya doa itu seharusnya diteruskan dan dilakukan secara istiqamah,tidak kira samada senang atau susah.Dan tak kira dalam solat ataupun menerima ganjaran daripadaNya serta musibah.
Selain itu, dalam kehidupan kita ada susah dan senang kan? Kedua-dua keadaan tu , aku dah beritahu bahawa tandanya kita bersyukur ke atas takdirNya., kita perlu berdoa secara beristiqamah tidak kira dalam solat atau selepas solat.Dan di saat korang tengah berjihad di jalanNya,lagi senang Dia menerima doa korang sebab korang Islam dan korang menegakkan keadilan serta mempertahankan agamaNya.Oleh yang demikian doa digelarkan senjata bagi orang-orang Islam.Senang cerita,bila dapat sesuatu daripadaNya , kita wajib doa ataupun sebut sahaja Alhamdulilah, mudah kan? Tak kira yang kita dapat tu musibah atau ganjaran.
Ok3. Cerita tu dah bereh tetapi kenapa doa itu penting?
Mesti korang tak puaskan dengar jawapan kat atas tu.
Orait , aku pun remaja macam korang juga yang mempunyai sifat ingin mengetahui lebih daripada itu. Sebenarnya , kita perlu ingat bahawanya Mati itu adalah sesuatu yang sangat hampir dengan kita.Jadi sebenarnya , doa ini macam surat atau hajat koranglah sebelum korang dipanggil olehNya. Dari keadaan kita mati sehinggalah keadaan kita di alam barzakh dan akhir sekali , di alam yang abadi iaitu Akhirat.Dan Mati itu akan menjemput anda tidak kira korang dalam keadaan tua,muda , sakit , senang , susah, sihat, jahil ataupun alim dan tidak akan lambat sesaat.Jadi siapa tak nak selamat di dunia dan di akhirat , justeru itu berdoalah dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Ingatlah kesenangan di sini adalah sementara tetapi ia juga merupakan satu amanah dan ujian daripada Allah SWT.
Sesungguhnya,Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,dan Dia amatlah mengalu-alukan doa yang datangnya dari hambaNya yang mempercayai kewujudanNya, hambaNya yang beriman padaNya, bertaubat nasuha (taubat yang benar-benar) ke atas dosa-dosa yang pernah dilakukan pada ketika dahulu dan doa yang datang daripada hambaNya yang sedang diuji dengan ujian yang agak berat.
Fikir-fikirkanlah tentang doa, ibadah , dan segala niat serta tingkahlaku kalian.
Adakah kalian bakal selamat tanpa keizinan-Nya ?
Berdoalah tanda kalian ingat akan Dia dan sayang kepadaNya.
Selamat Beramal ^_^
Walhualam.


No comments:
Post a Comment