Bismillahhiromannirohim.
"Aku Yang Berdosa" tajuk lagu ini menerangkan bahawasanya
Kita ini manusia yang kerap melakukan dosa.
Selalu sahaja lalai dan alpa dengan godaan duniawi.
Terutama yang lelaki
Aku sendiri seorang lelaki,
Aku tahu
Bahasawanya lelaki
Diberikan
Kekuatan Yang Kuat
Dari Segi
Dalaman dan Luaran
Semangat Yang Membara
Dan diberikan tiga benda di dunia ini
Satu,Harta
Dua,Taraf
Tiga,Wanita
Yang sepatutnya dibentuk menjadi
Perhiasaan Yang Indah
Dan
Diberikan peranan berat
Sebagai khalifah
Yang memimpin
Yang menjaga martabat
Yang menjaga amanah
Dalam keluarga
Dalam persahabatan
Dalam masyarakat.
Dan dalam negara
TETAPI MENGAPA?
Sanggup merosakkan ?
Sanggup mempermainkan?
Sanggup mempertikaikan kepercayaannya kepada dirimu?
Berapa ramai lelaki yang jadikan Rasulullah sebagai idolanya dan mengamalkan sunnah-Nya?
Berapa ramai lelaki yang mampu memimpin?
Sehinggakan ada segelintir wanita solehah berdoa begini :-
Niatku
Bukan nak mengutuk kaum Adam ataupun mahu memperlekehkannya dan memuja kaum Hawa.Tetapi aku hanya mencari kebenaran bagi setiap persoalan yang datangnya daripada pelbagai pihak.
Setiap yang di dunia ini dilahirkan tentunya mempunyai peranan,hikmah dan musibah masing-masing dan Allah SWT sahaja yang berhak ke atas setiap makhluknya dan mengetahui setiap keadaan makhluk-Nya walaupun sedetik.
Aku sendiri tidak dapat menjawab setiap persoalan yang datangnya daripada pemikiran aku sendiri dan pemerhatian daripada persekitaranku.Keadaanku ini mungkin agak bercelaru kerana pelbagai persoalan yang ingin kupersembahkan.Perlahan dan secara berperingkat-peringkat serta satu demi satu persoalan aku ajukan untuk mencapai kebenaran yang aku inginkan daripada Dia.
Walhua'allam.
Dosa? Aku ada tak? Mestilah ada,aku bukan Hamba Yang Maksum seperti Rasulullah SAW.Aku ini anak sulung dalam keluarga dan sudah semestinya aku jadi pedoman hidup adik-adikku.Tapi mujurlah mereka(adik-adik aku) bijak dalam memilih teladan yan baik daripada aku.Alhamdulillah, jauh dari lubuk qalbuku ini ada rasa bersyukur dan bertuah mempunyai adik-adik seperti mereka.Tetapi kadang-kadang aku merasakan mereka lebih baik daripada aku malah aku merasakan mereka lebih mulia di depan Allah SWT,siapalah aku yang lemah tanpa bimbingan dan hidayah daripada Mu,Ya Rabbi...
Kenapa kini,aku tak mampu menangis apabila melihat orang lain menangis bahkan aku bertambah marah dan bengang atas perkara yang menyinggungkan hati orang yang aku sayang?
Dah gelap ker hati aku ini?
Dah keras ker hati dan kepala aku ini?
Kenapa aku tak mampu nak bersimpati dan berdoa untuk orang yang aku sayang?
Setelah habis satu semestar,aku merasakan dunia aku makin gelap dan makin hancur...serta aku merasakan amat sedih dan kecewa terhadap diri sendiri.
Aku masih terjerumus ke dalam dosa sendiri,dan masih melakukan dosa,apakah aku ini masih layak di depan Mu,Ya Rabbi?
Engkau uji aku dengan kehilangan benda yang aku sayangi.Engkau ambil bapaku pergi dari rumah ini dan Engkau menguji ibuku yang kini menampung tanggungjawab ayah,Engkau uji adik lelaki aku yang pertama dengan menjalankan tugas seorang anak sulung ketika aku melanjutkan pelajaran di UiTM.
Engkau izinkan kedatangan musuh bapaku dan memberi trauma kepada ibu dan adik-adik aku dan ketika itu aku tiada di rumah.Aku tidak bisa melindungi mereka,apakah perbuatan aku seperti melepaskan batuk ke tangga?Ya Allah.Ya Rabbi..aku taknak mereka hidup dalam ketakutan dan aku taknak perbuatan ibuku di depan keluargaku yang lain seperti menegakkan benang yang basah dalam mempertahankan perbuatan ayahku ini.Aku tahu Mama rindukan kasih sayang ayah, aku tahu adik-adik aku begitu juga.
Tetapi aku tak bisa lakukan apa-apa melainkan berdoa kepadaMu Ya Allah.
Apakah gelaran Abang atau Yob itu masih layak untukku?
Aku hanya berdiam diri dan mengikut rentak hidup mereka kerana aku bimbang jiwa mereka tercalar lagi, aku tahu jiwaku ini dalam kekeliruan atas semua kerumitan yang berlaku dalam hidup ini.
Aku masih meneruskan pengajian aku di UiTM, Insya-Allah aku bawakan segulung kejayaan untuk mereka.
Kalau aku gagal seperti aku gagal BEL120 dan Ujian Komputer Utk Lesen L.
Aku masih meneruskan dan mungkin aku akan ubah sendiri haluanku ke Ilmu Fakih.
Insya-Allah,aku akan bawa dan memperkenalkan Ilmu Fakih dalam UiTM untuk membangunkan komuniti khas seperti komuniti khas bagi pendengaran seperti aku.
Itu janji dan amanat yang aku dapat setelah aku meninggalkan sekolah menengah aku yang menjadi aku insan yang jauh berbeza daripada aku yang berusia 12 tahun.
Tapi di sini dan depan sejadah ini aku menadah tangan tinggi dan separas dahiku.
Aku mohon dan merayu kepadaMu Ya Allah,Ya Rabbi
Jangan kau jauhkan aku daripada mencium kebenaran-Mu.
Jangan kau hilangkan sifat insaf dan kesal dalam diri ini.
Jangan kau hilangkan pedoman hidupku ini.
Jangan kau tarik nyawa keluargaku dahulu sebelum Engkau menarik nyawaku
Jangan kau jauhkan keberkatan dalam hidup dan kejayaan kepada orang-orang yang hambaMu ini sayangi,cintai dan kenali... serta seluruh mukmin yang masih hidup di dunia dan yang telah tiada di dunia ini.
Amin.
Ku persembahkan Lagu Sujud yang penuh bermakna daripada KRU dan Mawi.
Wassalam. :")
No comments:
Post a Comment