Wednesday, December 10, 2014

Ular ataupun Keris Milik Seorang Gadis?

Assalamualaikum semua, tak kira tinggi mana darjat kalian, tetap aku ingin kecilkan lagi diri ini dan kusampai salam buat semua agar korang sihat-sihat selalu.

Shhhuuu.. pasti pembaca yang setia membaca blog aku ini ingin tahu perkembangan aku kan?
memang dah agak lama aku berhenti,
Ini disebabkan aku terlalu sibuk dengan kehidupan harianku sebagai mahasiswa dan anak serta ia jua kerana komputer riba ini dilanda virus yang begitu hebat mengodam sistem komputer riba aku.

Alhamdullillah, aku jumpa satu formula bagaimana nak larikan diri sekejap daripada account aku digodamkan oleh virus.
Caranya mudah, buatlah account user yang baru. >..<

Okie, cukuplah dengan sebab yang kukuh tu.
Cerita aku bertajuk keris ini kerna biasanya keris digunakan oleh pahlawan ataupun sultan kita pada masa kini. Ia dilambangkan satu kuasa dalam memerintah sesebuah kawasan ataupun senjata pertahanan yang mampu membunuh musuh dengan halus
Pendek kata ia kegunaan senjata lelakilah....

Baru-baru, aku sendiri membaca sebuah akhbar mengenai berita yang kerajaan telah memberi lesen pada "pondan" untuk memasuki tandas wanita dan kejayaan ratu dunia juga disahut baik oleh mereka.
Wakilnya asal daripada Kelantan dan Terengganu.
Perkara ini sebenarnya ada hikmah disebaliknya ialah sesuatu bukti bahawa Tuhan itu sedang menguji iman kalian yang daripada Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini hanya melihat gejala maksiat hanya dipegang rekod tertinggi oleh mereka yang tinggal di bandar yang pesat membangun seperti Kuala Lumpur...
Jadi, sebenarnya, maksiat boleh berlaku di mana-mana.

Bagaimana kaum Hawa punya pendapat pula?
pastinya ada yang memarah-marah hingga memaki-hamun mahupun mempertikaikan darjat kaum Adam.Adil lah, apabila wanita itu tidak memakai tudung ataupun menutup aurat dengan sempurna mesti ada menentang habis dan memberi nasihat yang cukup KAW walhal korang tu belum cukup Perfect
Actually,Nobody perfect just the only One perfect who is Our God, Allahu

Just dont blame us and them, let the God teach how to thankful to Him.

Perkembangan hidup aku baru-baru ini boleh diadaptasi seperti lagu yang bertemakan DramaKing.Perkara ini membuat aku termenung jauh dan perkara tragis itu cukup berjaya  merampas segala mimpi indahku sehingga aku terfikir seandainya aku diberi pilihan untuk bangun dan hidup bersama mereka yang benar-benar kenali diriku sebagai insan yang kurang upaya dan menyayangi diriku lebih daripada aku rasai.

Telinga aku masih bingit dengan lantunan suara jikalau aku ini dihentam dengan perkataan.
"Kau ini harap sahaja OKU telinga, tetapi otak pun OKU"
Tak mengapalah,cuma aku bertambah gugur hati bila
aku dengar kata-katanya mama aku dibenci dan semua orang itu hanya berpura-pura suka?
Wahhh... aku tak sangka sampai begitu,
Opah aku pun dihentam dengan fitnah yang mengatakan anaknya iaitu bapaku dihantar untuk berkahwin dengan mama kerana harta.

Jelas, ayat itu menunjukkan dia benar-benar tidak berpuas hati dengan kejayaan yang mama dan kami sekeluarga lakukan semata-mata menaikkan juga imej keluarga Mizam ini.

Kemudian dia hentam aku lagi dengan  menghina sebuah persatuan yang membangunkan adat melayu serta menjauhi daripada unsur syirik dan khurafat iaitu Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi.

Aku masih bersabar lagi, kemudian lantunan kata dia terus menghina sahabatku.
Woaw! sahabat aku inilah yang ajar sesuatu yang mereka tak mampu ajar...
Aku menangis bukan kerana aku sedih
Tetapi aku kecewa dan terkilan apabila keluargaku dihukum dan diberikan nasihat seperti kes wanita yang tidak menutup aurat yang telah aku ceritakan di atas.
Raya tanpa makan pagi, aku tidak kisah tetapi aku tidak sanggup melihat orang yang aku sayang merintih apabila aku yang memulakan perkara itu.
They are none of my business but why must blame them?

Perkara itu bertambah parah dan memunah nurani aku apabila urusan kenduri selamat yang diimpikan oleh nenekku hanya diuruskan oleh Mama dan adik-adikku.

Sumpah,selepas perkara itu.. aku tidak mahu menjadi seperti Ayah yang hanya diam melihat.
Aku mahu benda itu selesai ataupun aku akan cuba mengelak sejauh yang mungkin dengan membawa mereka yang di pihak aku di tempat yang lain. Ya, tempat yang tenang tanpa mereka.
Kita kecapi kebahgiaan kita bersama Sang Cinta.

Like I says kalau aku ialah Darah yang menakutkan kalian,pasti jua aku mahupun jadi darah yang menyelamatkan kalian. Dengan kata lain, jikalau aku  ialah Racunmu, biar aku berusaha menjadi Ubatmu... Seperti Bisa Ular, penawarnya ialah bisanya juga, Walhualam.....




Wassalamualaikum warak matullahiwabarokatuh... :)


No comments:

Post a Comment