بيسميللاههيروهمانيروهيم
Kuala Lumpur ataupun KL..itulah tempatnya di mana aku dilahirkan.Aku menggelarkan ia sebagai "Kotarayaku"tempat di mana aku membesar dan mengenal erti dunia dan kehidupan.Sebenarnya tujuan aku tulis bukan nak berlagak dengan kotaraya itu. Memang terbukti ia ialah sebuah bandar yang maju dan sibuk.
Tetapi sebenarnya kalau kita perhati dengan nurani kita ia terdapat banyak kisah mistik,tragis dan sadis.
Penduduk-penduduknya ramai yang menggilakan duit,harta,dan nama tambahan pula ada yang mendapatkan sesuatu dengan cara menindas,rasuah dan riba..
Gila kan?So dah macam sistem kapitalis pulak.Lagi gilanya orang kat sini ada yang sanggup dapatkan duit dengan menjual diri dan maruah.
Tahap infinitinya, membunuh dan memfitnah dah serupa amalan harian dorang.
Yang lemah akan tunduk pada orang yang lebih berkuasa sanggup jadi hamba dan melakukan apa sahaja.
Pada yang berani dan coba menegakkan keadilan?
HAMPEEHH! kena fitnah lagi ada laa!then ending dia MATI.
Kat tempat aku lahir ini budak-budaknya pun dah cukup pandai terutama BAB-4.
Kalau tanya daripada kecik semua orang nak jadi baik.Bila ade kat kotarayaku ini, aku sebagai admin nak nasihatkan korang kena bijak buat pilihan,nak pilih yang gelap atau cerah?
Jangan jadi baik sangat dan jangan jadi jahat pulak.. Pandai-pandailah jaga diri anda.
Dan lagi satu yang datang tempat ni,orang-orangnya bukanlah semuanya jahat-jahat belaka,ada yang baik.
malah yang buat kerja kotor kat sini bukan orang yang asal dari KL.
Orang yang datang daripada kampung juga yang buat kerja kotor tu,bukan nak mengutuk tapi lihatlah sendiri..jangan tengok budak-budak yang buat kerja tu,tengok dulu kepala die sapa?ade paham?
Ade hadith yang berbunyi begini :
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka yang mengubah nasib mereka sendiri"
"Dampingilah kamu dengan orang-orang yang baik,moga kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang baik"
"Di akhir zaman ini,ada golongan manusia yang meyerupai dajal.Mereka ini sering melakukan pembohongan secara terang-terangan dan berhati-hatilah apabila mendekati mereka"
Hadith-hadith ini aku pernah dengar tapi betul or salah.Walhuallam.Cuma kalaulah kita faham ertinya ia berupakan nasihat dan gambaran dunia akhir zaman ni. Nak berpolitik,boleh..tetapi pastikan kita berada di atas landasan yang betul.Sebab nanti semuanya bakal dipersoalkan di MAHKAMAH ALLAHS SWT
Renung-renungkanlah >.<
Bye ^_^ Assalamualaikum (Jawab Salam itu wajib hukumnya)

emm...ayt "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka yang mengubah nasib mereka sendiri"..bkn hadis tp ayt al-quran..:) papepun,nice blog (y)
ReplyDelete