Sunday, May 17, 2015

Nota Tuhan Si Pekak

~~~~~~~~~~~~~~~Hai
Pernah tengok Tuhan?Tak bukan? Kita bukan Nabi dan Rasul..
Pernah tengok orang disampuk? Rasa apa eh bila awak melihat keadaan itu?
Seram kan?Tapi macam.. Tak percaya sahaja..

Jadi sebab itulah yang kita tahu 'benda itu hanya takut akan benda yang kita panggil Tuhan'
dan tuhan yng paling dahsyat ialah Allah SWT.
Sebab sebenarnya bagi saya Allah SWT sahaja yang wujud kerana kalau benar Tuhan lain itu wujud kenapa yang namanya "Siva" pun ada disampuk. Yang namanya "Isa" itupun ada disampuk...
Siapalah kita nak bubuh nama Tuhan bukan?
Jadi sebelum bubuh persoalan untuk mematahkan persoalan saya di atas
 itulah antara nota Alif sebelum dia meninggal dunia...
Nama aku Abu Hunaifah, dia gelarkan aku  ( Nai ) tetapi bunyi hampir-hampir dengan nombor sembilan. Dia pekak tapi mampu berbicara sepertimana kita semua yang sempurna.
Dia juga bertuah kerna dikurniakan sebuah keluarga yang kaya dan amat prihatin kepadanya.
Kata orang " Yelah dia satu-satunya Anak Keluarga Dato Aida dan Tun Mikhail, mestilah semuanya dia dapat"Nama penuh sahabat aku itu ialah Alif Syamsul B. Tun Mohd Mikhail B. Hj Mohd Ismail B. Mohd Ishak. Hehehe.. aku boleh sebab benda itu sering si arwah sebut bila berkenal dengan seseorang.

Dia sebenarnya seorang yang berfikirkan optimis dan kreatif.Meskipun ilmu agama ibu dan bapanya tidak dapat berikan padanya,dia sering mencuba mencari-cari ilmu itu termasuk dengan menimbulkan pelbagai persoalan yang kita sendiri tak jangkakan dia akan bertanyakan begitu.

Tetapi nota akhir dia yang tulis,benar-benar menyentuh hatiku...
Terbitnya sebutir air mata daripada kelopak mata Nai ketika membaca dan mulanya sebutir-butir kemudian akhirnya ia menjadi sebuah sungai yang suci melimpahi pipinya..
Tangan dan suara dia bergetar-getar tetapi Nai tetap teguhkan hatinya untuk meneruskan dalam menyampaikan mesej itu di hadapan orang-orang yang menyayangi Alif.

"Assalamualaikum semua, bila semua orang dah mula baca nota ini Alif tahu, Alif dah pergi... Alif tahu ramai yang tertanya-tanyakan bagaimana pula Alif boleh mati dalam tidur,Anggaplah ia sebagai satu takdir antara kita.Dalam doa Alif, Alif seringkali doakan agar Tuhan itu panggil Alif cepat.
Tapi jangan nangis lagi, hidup kita teruskanlah seperti sediakala, Mama,Daddy dan Abu...
Especially Mama, jangan nangis lagi, Alif tahu Mama dan Daddy tiada anak lagi melainkan Alif seorang. Alif rindu dengan Tuhan yang Mama dan Daddy cuba kenalkan. Alif tahu Daddy yakin dengan Al-Quran. Memori Alif masih utuh seperti budak 3 tahun,Alif tahu Mama selalu mengaji di Subuh hari bersama Daddy dan Daddy membaca kitab suci itu pada tengah malam pula di dalam bilik Alif sendiri dan selepas itu Daddy cium Alif. Alif kesiankan Daddy dan Mama... Sebenarnya kekayaan  Daddy bukan untuk Daddy tapi untuk semua orang dan Mama pun kena support Daddy.Alif percaya Mama & Daddy dah cuba yang terbaik. Cuma orang lain as Ustaz memandang rendah kepada masalah sosial orang normal dan bukan mahu jadikan satu peluang apabila mama dan daddy sudah hantarkan Alif kat rumah Ustaz dan akhirnya mereka yang tolak. Takperlah Alif tak kecil hati, cuma anggaplah Abu sebagai anak Mama dan Daddy.. Dia bukan orang senang tapi tinggi nilai hatinya yang sanggup ajar Alif tentang bacaan Al-Quran dan membebel dekat Aliff tentang apa itu Muslim dan Islam. Abu, tinggallah dengan  Mama dan Daddy dan anggaplah mereka ibu bapa kau seperti kau pernah ada.
Alif sayang semua... dan Aliff sayangkan Allah SWT lebih kerana Dia berikan kalian untuk Alif kenal dan tumpang kasih sayang.
Walhuallam."

Aku seringkali baca nota-nota dan surat dia. Dalam surat akhir di atas dia gelarkan aku Abu bukan Nai... Aku terharu dan sebak kerana abu biasanya sisa yang dibakarkan oleh sejenis elemen yang kita namakan Api tapi ternyata dia tidak pernah mengabaikan aku sebagai sahabat.
Uhibbuka fillah, Alif..

No comments:

Post a Comment