Saturday, May 9, 2015

Gadis Salju Melayu (Mother's Day)

Assalamualaikum, semua....
Dalam dunia ini, Tuhan itu sentiasa berikan kita sesuatu benda itu berpasangan...
Daripada kita celik dan mendengar takbir seorang bapa dan ciuman yang pertama daripada seorang gadis yang telah bergelar seorang ibu di atas sebab kelahiran kita ke dunia sementara ini.
Tanpa kita ketahui, kita dah pilih Ya, untuk lahir ke dunia agar kita terus beribadah kepada Sang Esa.

Jadi, ada di antara kita lahir sebagai seorang lelaki.. Dalam perjalanan kehidupan di dunia ini, tercuit di hati kita berbisik "indahnya,seorang pasangan kita!". 
Mereka lebih kuat, lebih bijak dan mereka lebih cintai seorang yang buruk atas sebab keikhlasan hati kita dan banyak pengorbanan yang mereka sanggup lakukan. Mereka itulah gadis permata yang Tuhan katakan di dalam Al-Quran.
Mereka itulah antara gadis salju yang dikatakan Perhiasan Di Dunia dan Akhirat.
 Sebenarnya, maksud Allah...mereka bukan benda untuk diperagakan tapi untuk dipelihara...

Buktinya ada pada diri masing-masing...
Bergantung pada perseptif masing-masing dan pengalaman...
Aku?Sempena HARI IBU, 
Mama ialah orang yang tidak henti-henti cuba buat terbaik untuk aku dan adik-adik yang lain..
Daripada doa, didikan,jagaan dan nasihat dia, sumpah aku tak mampu balas.
Kemudian,aku mahu membalas dengan apa? Selain daripada terus belajar dan menjadi seorang yang kaya daripada segi nilai murni di hati, tingkahlaku, adab dan harta.
Bukan niat aku untuk memperagakan tapi untuk memperbaiki kekurangan keluarga aku sendiri,

Guru, mestilah mama juga tapi ada lagi golongan gadis ataupun wanita yang telah berkahwin tetapi mereka anggap aku seperti anak sendiri... Mujurlah kerana ilmu dan nasihat mereka, anak didikan mereka kini mampu mengejar impian masing-masing...

Gadis idaman, sudah semesti aku ada dan In Shaa Allah, jika dia bersedia dan tertulis di Lahfuz Mafuz.... Dia sendiri akan memperkenalkan diriku dan aku dari saat ini akan menyediakan diri untuk lebih bersedia dalam memegang amanah antara Tiga Pihak iaitu Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan bapanya...  
Walhuallam..
Jazakallah..


No comments:

Post a Comment