Friday, February 8, 2013

Gila

Gila ?
Perkataan ini membawa maksud sesuatu yang mustahil ataupun tidak betul.
Kalau digelarkan "Orang Gila " maknanya orang yang tidak mampu berfikiran waras.
Ok,sebenarnya bukan admin nak cakap pasal gila. Tetapi admin nak ceritakan pengalaman admin ketika semester 2 yang buatkan korang fikir ia adalah sesuatu yang Gila.
Hehehe...
Pengalaman ini bermula ketika admin dalam perjalanan pulang ke menara gading di K.Terengganu.
Admin tiba di sana ketika waktu Subuh dan menunggu sahabat sejati yang telah lama tidak berjumpa.
Tetapi tiba-tiba sahaja salah seorang sahabat admin tu tertidur dan terlepas sehingga stesen yang terakhir yang berhampiran  Lapangan Kuala Terengganu.
Astagfirullah allazim,Allah SWT menguji ukhwah admin dgn sahabat-sahabatku di pagi hari.Disebabkan ukhwah dan kesabaran admin,admin cuba sebaik mungkin untuk menolongnya walaupun terpaksa berhabis kredit untuk dapatkan kereta sewa.Tetapi sayangnya tidak dapatpun dan mujurlah ada orang yang sudi bantu sahabatku untuk hantarkan dia ke UiTM.
Alhamdulillah.hujan di pagi itu adalah rahmat daripada Allah SWT.
Apabila Allah SWT tidak mengizinkan admin menolong dia, hatiku seperti tergerak untuk terus ke UiTM walaupun tambang yang diminta oleh pemandu teksi itu agak mahal tetapi aku tertarik dengan keikhlasan senyuman yang dipancarkan ke sanubari mata admin ini.
Sampai di UiTM,admin dalam keadaan separuh basah disebabkan hujan rahmat itu.
Lepas itu,admin diuji lagi dengan kesabaran.Gambar lupa bawa dari KL untuk pendaftaran kolej pada hari yang admin sampai uhh.. Fuhh,dah lah hujan.. merungutlah admin...sebab diorang tak bagi admin daftar. Diorang nak juga gambar uhh, terpaksalah admin dengan sahabat baik admin yg dah dianggap seperti adik-beradik ni pergi ke Mydin dengan menunggang motosikal.Sampai kat sana,basah lagi..
Nasib baik time balik uhh cuaca dah cerah.Dapat gaklah admin keringkan baju.
Huhuhuhuhu....
Tetapi Alhamdulillah semuanya baik-baik selepas itu.perubahan di semester 2 ini semakin hari semakin kian baik.Daripada dulu,kami terpisah kepada 2 kumpulan,kini sudah bersatu menjadi satu,
Tentang perempuan dikongsikan bersama dan masalahnya kami kongsikan gak.
Satu ukhwah, Teguh bersama, Teguh berdiri menuju kejayaan....
Dean List,We hope we get it Together.


No comments:

Post a Comment