Assalamualaikum para hamba yang dimiliki oleh Yang Maha Esa.
Bismillahhirohmanirohim,Dia masih mengizinkan diriku ini yang lemah dan kerdil menaip.
Pemilikmu, adalah pemilikku jua.
Manusia dikatakan sempurna atas sebab pemberian Ilahi yang begitu berharga iaitu
Bismillahhirohmanirohim,Dia masih mengizinkan diriku ini yang lemah dan kerdil menaip.
Pemilikmu, adalah pemilikku jua.
Manusia dikatakan sempurna atas sebab pemberian Ilahi yang begitu berharga iaitu
- Hati - terdapat dua jenis hati iaitu :-
- Hati yang sentiasa merindui "Kalimah-kalimah Allah SWT"
- Hati yang lalai dengan duniawi dan gelojoh mengumpul kemewahan.
- Nafsu -terdapat 7 jenis tetapi aku mahu petik 2 sahaja nama nafsu iaitu :-
- Nafsu Amarah : nafsu yang sentiasa mengajak manusia untuk melakukan sesuatu keburukan
- Nafsu Lawwamah : nafsu yang meneliti dan memeriksa diri sendiri untuk membuat kebaikan dengan bersama hati untuk mencapai keikhlasan hati sendiri.
- Akal ( berunsurkan hati dengan fikiran)
Daripada tiga unsur itu kita mendapat sesuatu perasaan yang kita gelarkan "Naluri ataupun Firasat".
Oleh sebab itu kita dikatakan SEMPURNA.
Tetapi adakah kita benar-benar sempurna?
Inilah kita punya kelemahan,kebijaksanaan dan kesempurnaan bukanlah untuk kita kerana kita sendiri digelarkan "Manusia" yang dipetikan daripada perkataan Al-Insan yang bermaksud lupa.
Lupa adalah lumrah bagi kita.
Hal yang sebenarnya,SEMPURNA bukanlah untuk kita tetapi untuk Tuhan Yang Sempurna dan Kekal iaitu Allah SWT, Pencipta Sekalian Alam.
Allah menjawab persoalan Malaikat yang mengatakan sebab kita menjadi makhluk yang sempurna dengan unsur-unsur yang kita miliki dan Allah SWT juga menjawab bahawa setiap makhluk yang Dia cipta mesti ada kelemahan dan kelebihan masing-masing,agar kita ingat padaNya dan bukan sekadarnya sebaliknya beramal dengan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

No comments:
Post a Comment