Tuesday, January 21, 2014

Titisan Air Mata Seorang Presiden

Ketua? Biasanya orang perkatakan ketua adalah tanggungjawab pada seorang lelaki kan?
Pada saya TAK! Ibu saya juga memang bukan seorang ketua tapi pengganti ketua selepas bapa saya menghilangkan diri hampir genap 2 tahun... Stop it! Cukup2 lah cerita kisah hidup saya.
Ini cerita yang ada pengajaran dan persoalan yang sama-samalah kita renungkan ye?
Biasalah,di dalam kehidupan kita hari ini pasti ada dugaan, biarlah hidup dalam penjara dan penuh dengan tangisan yang memohon keredhaan Ilahi.
Ok,Berkias pulak saya kali ini, beginilah saya ceritkan ye? Jangan marah ye...
President, atau apa namapun..aku dapat jawatan sebegitu pada mulanya aku tidak percaya dan agak gabra bila diumumkan. Dan dalam  sebulan aku sendiri tidak percaya yang aku memegang jawatan ini dan aku merasakan banyak kelemahan dan benda yang aku perlu pelajari dan tempuhi...
Bukan mudah untuk dapatkan balik kepercayaan daripada orang lain.Yelah... Dulu condumn orang.Padan Muka aku.
Banyak benda yang aku perlu tangkas dan rushing dalam buat sesuatu hal,sampai kekadang tu tak menang tangan aku nak uruskan.
Dan bila sudah masuk sem 4, aku agak tertekan dengan subjek mata pelajaran aku ini dan ragam pensyarah2 aku ini. Bukanlah ... aku nak merungut, cuma aku nak ceritakan geng2 aku kian hari kian pudar hubungan sesama sendiri. Masing-masing ada jawatan sendiri, sampaikan ada kawan karib aku tanya
" Adakah aku patut ponteng untuk mengulangkaji subjek LAW dan sedangkan aku seorang Presiden untuk kelab ini? Azril,adakah aku telah membuat sesuatu yang salah dan bagaimana aku hendak menjawab soalan yang akan diajukan oleh penasihat sedangkan mereka yang lain datang (Classmates aku)?
Aku menenangkan dia lalu berkata
" Ingat tak kata2 Abg Anuar yang daripada Kelab SANTUN itu?"
"Pentingkan sesuatu yang lebih penting daripada yang penting dan usah bimbang Allah itu Maha Mengetahui setiap apa yang hamba-Nya kerjakan."sambung aku untuk menenangkan dia lalu kutatapi wajahnya yang begitu resah dan aku lemparkan senyuman. Jauh di hati aku,
"Ya Allah,tenangkanlah dia" dan terlintas niatku untuk memeluknya lalu aku peluk dia sambil berbisik di telinga kirinya. "Tenang Allah ada di sisi mu wahai sahabat"
Aku tahu dan aku pernah merasai perasaan itu, ketika aku ingin ponteng daripada kelas latihan silat. Perasaan itu hadir kerana kita seorang ketua dan kita menjadi contoh pada kengkawan dan ahli2 persatuan kita, Mereka layak condumn tetapi bila mereka yang jadi adakah mereka bisa?
Walhuallam.

No comments:

Post a Comment