Tuesday, December 31, 2013

Tidak Jadi Tidak Mengapalah...

Booomm!Pooongg!!! Bhahahaha.. Berdehak-dehak ketawa anak-anak remaja itu menyambut ketibaan tahun 2014. Di hadapan mata ini,aku hanya nampak kebahgiaan mereka yang sementara.
Mengapa aku begini? Di kala selamat,mereka hilang nikmat bersyukur tetapi di kala cedera akibat permainan bunga api dan mercun itu,mereka hanya mendapat penyesalan yang sia-sia.

Tak salahpun kita nak bergembira dan memang kita digalakkan untuk bergembira tetapi biarlah kena dengan tempat dan waktunya.Rokok,dadah dan pelbagai lagi barang-barang yang pasti memudaratkan fizikal dan rohaniah manusia itu HARAM. Ok.Stop It, saya bukan nak cakap Mercun atau apa nama barangan yang sama kegunaannya itu haram tetapi biarlah cari jalan yang lebih bermanfaat.

Aku juga remaja,aku akui adakalanya aku teringin...Tetapi aku ada caraku, kalaulah nak main itu pada jam-jam ini biarlah lihat keadaan sekelilingi.Dan kalau nak main pun,biarlah anda sepatutnya  benar-benar di kawasan rumah anda jangan main langgar sahaja tempat orang. Dimarahi,dipukul sebab main benda itu hanyalah alasan seorang insan yang benar-benar ego.

Berkaitan dengan penyambutan Tahun 2014,umurku kini sudah bertukar kepada no.2.. Bkn 2 tahun, tapi 20 tahun. Azam aku ialah naikkan pointer aku ke tempat lebih selamat dan cergaskan diri ini dengan mendalami ilmu agama serta seni pertahankan diri. 

Tetapi kalau tidak jadi,tidak mengapalah..Aku cuma manusia biasa, tak boleh nak buat apa-apa.Celakalah ke atas aku kalau aku nak marahkan Tuhan. Dia lagi berhak kerana dia cipta aku dan semua ini.Makna aku laman ini memang buatan manusia tetapi terhasil daripada akal dan ilmu Sang Pencipta.


SELAMAT TAHUN BARU PARA UMAT MUHAMMAD DAN SANG FITRAH.

No comments:

Post a Comment